CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 17, 2009

Terima Kasih Tuan Guru

Alhamdulillah Allah Taala melapangkan masa Tuan Guru.

Sudi Tuan Guru datang melawat dan memberi tazkirah di KUIS.

Saya menyanjungi Tuan Guru.

MasyaAllah,Allah telah muliakan Tuan Guru dengan cahaya agama.

Nur agama telah

memancar dalam hati Tuan Guru.

Ramai orang datang pada masa Tuan Guru berkuliah semalam.


Saya Cuma orang biasa.

Baru nak belajar agama.

Terkejut saya semasa usai solat Asar,ada pengumuman mengenai kedatangan Tuan Guru.

Ustaz Imran yang juga anak murid Tuan Guru di DarusSyi

fa’ beritahu..

Saya excited nak datang sebab inilah peluang kali pertama saya dapat lihat

dekat wajah Tuan Guru.


Saya nak lihat tokoh agama yang rakyat Malaysia sayang.

Saya nak lihat tokoh yang ikhlas dalam memperjuangkan agama.


Tapi sayaminta maaf tak dapat duduk penuh dalam majlis Tuan Guru.

Selepas Maghrib saya ada kelas.

Tapi saya berdoa agar Allah melapangkan masa saya untuk duduk dalam majlis Tuan Guru.

Tuan Guru memang mempunyai aura yang tersendiri.

Kedatangan Tuan Guru,bahkan sebut nama Tuan Guru pun ada rasa semacam.

Bukan saya mengagungkan Tuan Guru,

Tapi mungkin orang yang Allah sayang,Allah campakkan rasa sayang Allah pada kami.


Saya lihat Tuan Guru seperti tidak sihat.

Tapi ALLAH telah memberi taufiq pada Tuan Guru untuk terus bertazkirah dan bercerita mengenai jihad.

Saya lihat ramai orang tawajuh mendengar kata-kata Tok Guru.


Saya ada seorang kawan.

Dia selalu perli saya,

Dia kata bila saya cakap umpama mutiara keluar daripada mulut.


Saya memang selalu cakap dia tak betul sebab dia cakap benda yang tak sepatutnya.


Sepatutnya dia datang

dan duduk dalam majlis Tuan Guru.

Kata-kata Tuan Guru menyebabkan ramai orang terpesona.

Terpikat dengan bahasa indah yang dilantunkan

oleh Tuan Guru.


Saya Cuma orang biasa.

Tetapi saya suka pada agama.

Dahulu saya tiada keinginan pada agama.

Nak solat pun malas.

Tetapi selepas saya ikut program iktikaf 3 hari,baru saya sedar bahawa pe

ntingnya agama dalam kehidupan.

Barulah saya belajar apa ertinya kita kena muliakan alim ulama,

Hormati orang tua dan kasihi kanak-kanak.


Saya tidak pasti adakah Tuan Guru pernah datang ke KUIS sebelum ini.

Tetapi apa yang pasti telah ramai orang alim seperti Tuan Guru pernah menziarahi kami disini.

Ulama dari Syria,ahlul bait,malah ustaz Sri Pe

taling pun pernah beberapa kali di sini atas jemputan kami.


Suka betul kami dengar nasihat tunjuk ajar Tuan Guru pada kami.


Terkejut juga saya,selalunya jemaah di masjid tidak ramai.

Biasanya 3

hingga 4 saf je.

Subuh apatah lagi.


Tetapi semalam saya pun solat di saf ke tujuh.

Ada juga jemaah baru.


Betapa ramainya orang datang selepas tahu kehadiran Tu

an Guru.


Masyaallah.


Saya nak sangat bahawa sudilah kiranya agar Tuan Guru selalu datang ke sini.

Lawat bakal ulama yang bakal lahir di KUIS.

Mereka semua mulia kerana mereka belajar ilmu agama.

Saya Cumapelajar dalam fakulti Pengurusan dan Muamalat sahaja.


Tuan Gurudatanglah membuat lawatan secara mengejut.

Tanpa beritahu kami.

Lihatlah bagaimana keadaan hati KUIS yakni

Masjid Al-Azhar.


Banding bezakan antara kedatangan Tuan Guru sebelum beritahu dan selepas beritahu pada pihak KUIS.

Rasanya Tuan Guru mesti terkejut.

Tuan Guru doakan lah untuk kami terutamanya untuk saya,

Sedangkan solat berjemaah di masjid ni pun kami tak mampu lakukan.

Macammana kami nak jadi macam Tuan Guru.

Kami datang beramai-ramai pun bila tahu Tuan Guru datang.

Kawan saya pun tak tahu yang Tuan Guru nak datang.

Tapi saya tak mahulah nak sangka buruk dan kata,

“Tu lah kau tak pergi masjid.Ulama datang pun kau tak tau”

Padahal saya ke masjid pun atas taufiq Allah.

Bukan kerana ilmu saya,

Janggut saya panjang.


Kadang-kadang jawapan bakal-bakal Ustaz ni,

“Kau pergi dulu.Nanti aku datang.”

Tapi sampai habis doa tak Nampak muka mereka.

Mungkin dia solat di luar kot.


Saya bukan nak buka keburukan kawan.Tapi itu lah reality.

Masa saya di tahun pertama di KUIS,kawan saya dari diploma Quran Sunnah cakap kat saya,

“Anwar Ibrahim datang kat masjid”

Saya cakap “Anwar Ibrahim datang baru kau nak pergi masjid”


Istighfar saya sebab cakap macamtu.

Tak patut saya cakap macamtu pada bakal ulama yang diikitiraf kerajaan Malaysia.

Datanglah ziarah kami lagi dan lagi.

Doakan saya untuk keluar 40 hari untuk cuti semester akan datang.

Saya mahu islah diri saya.

Diri saya teruk betul.

Semoga Allah pilih saya dan ampunkan saya.

Moga Allah terima semua amalan saya dan amalan kita semua.

Minta doa ye tuan Guru Harun Din.



Saturday, December 12, 2009

Sepagi Bersama Ustaz Farid Ravi..

Dah lama tak update blog ni..

Kesibukan masaku,tidak ada masa terluang untuk duduk dan fikir apa yang nak tulis.

Terima kasih kerana follower baru.

Aku tidak sempat untuk membuat ziarah kunjungan pada blog kamu semua..

Terima kasih sudi membaca blogku..

Nukilan isi rasa hati..

Moga Allah Taala menjadikan diriku asbab tersebarnya hidayat seluruh alam.


3 disember lalu,aku berniat untuk ziarah Ustaz Farid Ravi.

Memang ustaz yang terkenal.

Satu Malaysia kenal Ustaz Farid insyaallah..


Memang ditakdirkan waktu aku datang,ustaz Farid memang free..

Jadi terus aku masuk,dan niat untuk belajar dengan dia,muliakan orang alim.


Memang rasa bertuah..

Kalau nak diikutkan dia banyak dengan show TV,

Sibuk dengan Inhad(Institut KajiHadis Selangor).


Tapi hari aku datang,dengan senangnya aku dapat masuk dan jumpa dia.


Patut aku tanya apa khabar dia,

Tapi kerana kelemahan aku dia tanya apa khabarku dulu..


Bercerita tentang permulaan ALAM.


Aku tak berniat nak tanya pasal ALAM dan sekutunya.

Tapi mungkin dia melihat aku diam,

Jadi dia pun mulakan cerita dan cerita yang ditakdirkan keluar dari mulut dia pula ialah tentang ALAM.


Bagaimana pada asalnya bermula dengan nama RAPI(Rakan Pusat Islam) dan seterusnya sehingga kini menjadi ALAM dan seluruh KUIS bermegah dengan nama ini.


Aku dan rakanku hanya duduk mendengar.


Memang dia kecewa dengan ahli-ahli ALAM yang menubuhkan GMS.

Tapi aku malas nak cakap apa-apa sebab aku memang tak mahu ulas isu ini lagi.

Tapi aku tertarik dengan fakta ilmiah yang keluar dari mulutnya.

Hadis,ayat Quran,kata-kata ulama.


Aku hanya terkelu diam seribu bahasa.

Mendengar satu persatu kata yang keluar dari mulutnya..


Beliau berkata,


Kata Imam Syafie,

Apabila guru kamu lalu,hendaklah kamu bangun,dan bersalam dengannya sebagai tanda hormat.


Ada dalam hadis mafhum lebih kurang bahawa guru sedarjat lagi sama dengan Nabi.

Ye,memang guru tidak mewarisi harta,tetapi dia mewarisi ilmu.

Kamu menyakiti hati guru,sama kamu menyakiti hati ibu bapa,sama dengan kamu menyakiti hati Nabi.


Aku diam…


Dia menambah,

Dia keluarkan dalil lebih kurang,


Nikmat yang Allah bagi hendak kita cerita pada orang,tapi bila tak dapat nikmat mengadulah pada Allah.”


Tapi hari ni kita makan maggi dan bawa sepanduk dan beritahu semua orang yang kamu makan maggi!


Memang tepat kena kat budak-budak GMS yang tak cukup duit,hanya makan maggi!


Ada bersama denganku ialah Muhammadon(eksekutif Masjid Al-Azhar).


Dia cerita tentang keadaan Nabi selama 3 hari puasa kerana ketiadaan makanan,

Hari pertama,kedua,dan hari ketiga Nabi menangis..

Sebagai manusia,nabi juga rasa lapar dan tertumpah air matanya.


Ustaz menambah lagi,

Dalam satu riwayat lain,apabila Nabi menangis,arasy Allah bergegar.


Kemudian,Allah menghantar malaikat untuk bertanya pada Nabi walaupun Allah tahu bagaimanakah keadaan Nabi ketika itu.


Jibril berkata apa yang kau mahu?

Makan di waktu panas,makan di waktu sejuk.?


Akan tetapi Nabi menjawab dengan jawapan yang sangat menyentap hati 3 orang yang berada dalam bilik Pengarah Institut Kaji Hadis Selangor itu.!!!!


BAGI UMAT AKU MAKAN”


Kemudian dia menceritakan lagi tentang kisah yang masyhur tentang bapa kucing yakni Abu Hurairah.


Semua orang tahu dia menyaksikan mukjizat Nabi yang dengan susu sebalang mampu diminum oleh ahli suffah.


Abu Hurairah diam sahaja.Tak ada pun merungut sebab tak cukup makan.


Aku teringat dalam Khasail e Nabawi,syarah bagi syamail Tirmidzi oleh Maulana Zakariyya rahmatullahi a’laih.


Dia mengulas mengenai kisah Abu Hurairah.

Maulana beritahu,ini baru sahabat.

Tak cukup makan.Sahabat yang selalu berdamping dengan Nabi..

Bagaimana pula dengan keadaan Nabi?


Fikirlah wahai saudara saudari,

Kita tidak yakin dengan amalan menyelesaikan masalah.


Walhal ALLAH beritahu dalam Quran,


Mintalah dengan sabar dan solat”


Kita pula sabar tanpa taqwa.

Solat pun sekali sekala..

Macammana nak diturunkan bantuan?


Tutup dengan tasbih kifarah.


Teringat satu benda,masa ziarah Ustaz Farid aku teringat seorang Maulana dari India,yakni Sheikh Majid yang kini bekerja dengan KUIS.Aku tanya pada Ustaz adakah dia mengajar sini.Ye ustaz jawab sebagai penyelidik.Sekarang dia sedang menulis kitab ULUMUL HADIS untuk KUIS.


Patutlah macam aku kenal pada dia kerana kali pertama aku berjumpa dengannya ialah di Maktabah Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling.

Dan ustaz aku juga,yang telah habis belajar Sri Petaling,dan khuruj setahun juga belajar pada malam jumaat bersama Sheikh Majid.


Dan Ustaz Farid mengakui tentang alimnya Sheikh Majid dan beliau telah menulis beberapa kitab.


Di Sri Petaling,beliau telah mengajar kitab yang ditulisnya kepada pelar-pelajar di Sri Petaling..


Kita sepatutnya merenung,dan berfikir,


KUIS ialah tempat lahirnya bakal ulama.

Kerana di KUIS juga tempat datangnya Ulama..

Sudah beberapa kali ulama menziarahi KUIS.


Sekarang,kita patut meminta pendapat Sheikh Majid atau Ustaz Farid,

Bukannya bertindak mengikut kefahaman dan cara kita sendiri.

Tidakkah kita rasa malu pada mereka ataupun kita rasa mereka ini menyokong kita atau tidak?


Walaupun kita belajar agama,tidak semestinya kita boleh buat sesuka hati ataupun kita dah rasa kita belajar agama ilmu kita dah tinggi.


Ustaz Farid pun bukan calang-calang.

Sheikh Majid pula anak murid kepada Maulana Abul Hassan Ali-An Nadwi.

Memang ramai orang menyanjungi ketokohan Maulana An-Nadwi.


Tuan-tuan yang mulia,

Jadikanlah murabbi kita sebagai rujukan..


Jangan bertindak dengan cara sendiri.

Ustaz-ustaz di KUIS lebih faham tentang keadaan di KUIS?

Tapi kita?

Minta maaf semua.


Doakan aku keluar 40 hari lagi untuk tahun depan.

Peristiwa yang aku ceritakan dalam entry cerita sempena aidiladha menguatkan semangat aku untuk mendalami ilmu agama dan sampaikan ilmu itu pada umat.

Ramai umat menderita.

Kita perlu fikirkan ramai umat yang jauh dari agama.

Biar kita susah masa belajar,

Makan maggi sahaja.

Makan roti sahaja.

Minum sahaja kerana tak cukup duit.

Aku menyeru kepada diriku terutamanya,

Jangan jadi student yang manja.

Jadilah student berhati waja,

Cekal dan tabah menghadapi kesusahan sekarang.

Kerana kesusahan kita adalah punca kesenangan..


Seluruh kesusahan kita allah akan balas di akhirat nanti..

Yakinlah!


Wallahu a’lam..